Semalam kecoh sebentar dunia hiburan apabila penyanyi popular era 90′an, To’ki dikatakan telah menjadi peminta sedekah dan dilihat merayau-rayau disekitar kawasan Pasar Borong Selayang.
Namun itu semua dinafikan sendiri oleh To’ki yang ditemubual oleh mStar Online dan dia turut menyuarakan perasaan kecewanya terhadap tuduhan tersebut.
“Saya masih ada kudrat yang diberikan oleh Allah untuk bekerja dan mencari sesuap nasi tanpa perlu meminta sedekah daripada orang ramai. Pihak yang menabur fitnah sedemikian sangat kejam tanpa membuat sebarang usul periksa terlebih dahulu.” – To’ki, dipetik dari mStar Online.
Khabar angin yang bermula dari sebuah forum online tempatan telah menyatakan bahawa To’ki sering dilihat merayau-rayau dan meminta sedekah di Pasar Borong Selayang.
“Salah ke saya nak ke pasar borong hanya kerana saya ni artis? Tetapi apabila orang dah mengata saya ni peminta sedekah, apa yang boleh saya buat? Biarlah orang nak kata apa pun kerana masa saya susah tiada siapa pun yang datang memberikan bantuan. Saya tak kisah semua tu.” – To’ki
Untuk pengetahuan, To’ki pernah popular dengan lagu berjudul Hampa dan Biasan pada sekitar tahun 90′an.
OHBULAN! : Kasihan dengan gosip buruk yang melanda To’ki, dimana persatuan ketika ini?
No related posts.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét