Thứ Năm, 31 tháng 5, 2012

Rambut Pendek Itu Comel

Rambut merupakan mahkota bagi setiap wanita. Jadi tidak hairanlah jika ramai wanita lebih rela menghabiskan masa dan wang mereka ke salun, bagi mendapatkan rambut yang sihat dan menarik.

Seringkali wanita mengidamkan rambut yang panjang agar kelihatan lebih menawan dan lebih feminin. Namun begitu, tidak salah sekiranya sekali sekala mencuba gaya rambut yang pendek bagi menampakkan kesegaran dalam berfesyen.

Berambut pendek juga tetap boleh mengekalkan gaya feminin dan gaya comel dalam diri seorang wanita, dengan perhiasan aksesori-aksesori yang menarik. Antaranya seperti klip rambut, scarf, headband, dan sebagainya. Jangan jadikan rambut pendek, sebagai penghalang untuk anda tampil lebih bergaya dan lebih berkeyakinan.

Ini adalah antara aksesori yang boleh digayakan buat anda yang berambut pendek:

1. Bobby Pins (Klip Rambut)

Klip rambut berukuran kecil ini merupakan salah satu aksesori rambut yang paling serba guna. Anda boleh menjadikannya lebih bervariasi dengan memakai dua bobby pins secara menyilang, atau pakai tiga atau lebih bobby pins untuk tampil lebih “fancy”.

2. Scarf

Scarf boleh membuatkan anda kelihatan lebih comel. Terutama sekali jika anda pandai menggayakan scarf tersebut bersesuian dengan gaya rambut pendek anda.

3. Headband

Headband yang nipis, sama ada diperbuat daripada kain mahupun kawat metal mampu membuatkan rambut pendek tampil lebih fashionable. Pilih yang simple atau sedikit hiasan kristal di atasnya. Anda akan kelihatan lebih menawan.

No related posts.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét