Thứ Ba, 22 tháng 5, 2012

Michelle Yeoh Dianugerahkan “Darjah Seri Paduka Mahkota Perak”

Tahniah OHBULAN! ucapkan pada Michelle Yeoh!

Sempena Hari Keputeraan Ke-84 Sultan Perak, Sultan Azlan Shah telah menganugerahkan Michelle Yeoh “Darjah Seri Paduka Mahkota Perak” yang membawa gelaran Datuk Seri.

Michelle Yeoh yang mengetahui berita tersebut ketika sedang menjalani penggambaran di Thailand, bergegas pulang ke Malaysia dan menghadiri majlis penganugerahan itu yang berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

“Saya sedang menjalani pengambaran di Thailand ketika menerima khabar gembira ini dari ibu (Datin Janet Yeoh) dan teruja untuk menerima’nya tetapi tidak dapat hadir ketika majlis raptai.” – Michelle Yeoh dipetik dari Daily Chilli.

Filem terbaru lakonan Michelle Yeoh adalah “The Lady” yang mengisahkan tentang kehidupan Aung San Suu Kyi dan Michelle Yeoh pernah mendapat anugerah penghormatan “Officier de la Légion d’honneur” dari bekas Presiden Perancis, Nikolas Sarkozy.

Sumber : DailyChilli

Related posts:

  1. Foto: Michelle Yeoh Turun Malaysia Promosi Filem “The Lady”
  2. Datuk Michelle Yeoh Lakon Semula Watak Tokoh Keamanan, Aung San Suu Kyi
  3. Karaoke Bersama Datin Paduka Seri Rosmah Mansor – If Tomorrow Never Comes
  4. (Funny!) Aksi Gila-Gila Pengacara Melodi Depan Webcam – Michelle & Nas Ahmad
  5. Kes Cerai Seri Bayu-Erema: Mahkamah Tangguh Permohonan

Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét