Thứ Tư, 30 tháng 5, 2012

Fesyen Jersi Bola Malaysia

Semenjak dari kemenangan Malaysia di Kejohanan Piala Suzuki tahun lepas bermula satu fenomena baru dalam sukan bola sepak Malaysia. Secara tidak langsung team bola kita disanjung dengan kemenangan yang diperolehi itu. Pasukan pemain bola sepak Malaysia mula menjadi sanjungan buat peminat-peminat di tanah air.

Daripada kemenangan itu jugalah rakyat Malaysia khususnya kaum lelaki sudah tidak lagi merasa segan untuk menyarung baju t-shirt atau jersi bolasepak rasmi team Malaysia kita. Ini kerana peminat tanah air mula merasa bangga untuk mempamirkan rasa gembira serta berbangga dengan kemenangan yang diperolehi. Manakala designnya yang agak menarik, ringkas dan terkini juga membuatkan rakyat Malaysia selesa menyarung jersi tersebut.

Di mana-mana sahaja kita pergi pasti kita akan nampak ada sahaja rakyat Malaysia yang memakai jersi bola sepak ini. Selain memupuk semangat patriotik ,jersi ini juga bukanlah calang-calang jersi. Jersi team Malaysia merupakan jersi dari keluaran jenama Nike iaitu satu jenama yang terkenal dalam penghasilan barangan sukan. Jenama Nike juga merupakan penaja jersi untuk pemain bola sepak pasukan Manchester United dan banyak lagi kelab-kelab bola sepak tersohor serata dunia.

 

No related posts.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét