Sedikit tergelak kami sebentar apabila mendengar khabar angin sebegini bertiup. Mana tidaknya, kalau tahun 2012 pun masih tiada artis Malaysia yang boleh menggondol Anugerah Bintang Popular, sia-sialah perlantikan dan usaha Zed Zaidi sebagai Presiden Seniman.
Disebuah forum hiburan tempatan, kecoh mengenai isu adakah Randy Pangalila, pelakon yang berasal dari Indonesia dan mula popular melalui sinetron “Nada Cinta” bakal menjadi Bintang Paling Popular 2012. OHBULAN! rasa, tidak ada isu untuk artis luar negara memenangi anugerah di Malaysia, lagi-lagi ABPBH, kan?
Jika ABPBH 2011 disapu oleh Aaron Aziz, pelakon KL Gangster yang berasal dari Singapura, kemungkinan besar jika Randy Pangalila dapat menghiasi filem-filem di Malaysia, tak mustahil dia boleh mencipta nama sedikit demi sedikit dengan lebih kukuh. Antara telemovie Randy di Malaysia termasuklah “Dalam Hati Ada Taman” dan “Biar Mimpi Sampai Ke Bintang” yang dilakonkan bersama Elfira Loy.
Bagi OHBULAN!, biarlah yang dipilih itu berdasarkan kualiti. Mungkin kemenangan Aaron Aziz pada ABPBH 2011 yang lepas dapat dijadikan pengajaran kepada artis-artis lelaki Malaysia agar memantapkan lagi disiplin dan meningkatkan lagi kualiti lakonan. Takkanlah industri hiburan tempatan sudah kekurangan “hero”?
Apa kata anda?
No related posts.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét