Selebriti Indonesia, Anang & Ashanti yang mengikatkan tali pernikahan pada 12 Mei tahun ini memilih Mekah untuk menunaikan ibadah umrah serta sebagai lokasi bulan madu mereka.
Berkata kepada media, “Kami keliru dengan lokasi bulan madu sehingga akhirnya memilih Mekah sekaligus menjalani ibadah umrah di sana. Apatah lagi, kami juga mengajak ahli keluarga untuk turut serta bersama-sama menunaikan ibadah di Tanah Suci, dan ini akan menjadi satu pengalaman yang paling menarik dalam hidup kami,” ujar Anang yang ditemani Ashanty ketika ditemui di Bandar Soekarno-Hatta.
Ashanty pula membalas bahawa peluang sebegini akan diambil untuk berdoa bagi mendapatkan kesejahteraan rumah tangga yang baru dibina.
“Saya akan suka sekali berbulan madu sambil beribadah bersama ahli keluarga. Disana saya akan berdoa supaya pernikahan ini dirahmati dan diberkati tuhan. Ini juga adalah umrah saya yang pertama bersama mereka.
No related posts.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét