Harian Metro sebentar tadi melaporkan seorang pelawak terkenal tanah air telah ditahan oleh pihak polis selepas disyakit terbabit dengan kes tipu orang ramai dan Majlis Perbandaran Taiping (MPT) dengan anggaran nilai berjumlah hampir RM80 000.
Suspek yang berusia 40-an itu ditahan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping sebaik artis itu datang untuk memberi keterangan pada jam 4 petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, lelaki berkenaan ditahan kerana disyaki terbabit dengan kes tipu membabitkan acara penganjuran Taiping Fest 1 Malaysia, Sempena Tahun Melawat Perak 2012 awal Mac lalu.
No related posts.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét