Thứ Ba, 29 tháng 5, 2012

Aktor Godfather, Robert De Niro Terima Gelaran Doktor Kehormat

Pelakon filem Godfather, Robert De Niro telah dianugerahkan gelaran Doktor Kehormat daripada lembaga pendidikan Bates College atas sumbangannya selama 39 tahun dalam bidang seni pada hari Sabtu yang lalu.

Dalam pidato ringkasnya, beliau berpesan kepada para siswazah supaya tidak menjejaki langkahnya yang sanggup berhenti sekolah kerana mengejar karier dalam dunia lakonan.

“Saya ingin berpesan kepada kalian supaya teruskan belajar. Bukan semua orang bernasib baik dan akan berjaya tanpa pendidikan. Seperti saya juga, selepas saya tinggalkan sekolah dan melihat dunia sebenar, barulah saya akui bahawa pendidikan amat penting kepada semua orang,” katanya yang kini mencecah usia 68 tahun.

“Ketika saya mula keluar daripada sekolah, saya bukanlah pelakon filem. Dan, pengalaman itu sangat menyeksakan. Dan apabila saya berjaya mendapatkan peranan dalam filem pertama, barulah kehidupan saya berubah,” tambahnya lagi.

Dia juga berkata bahawa gelaran Doktor Kehormat ini amat bermakna kepada ibunya yang tidak pernah melihatnya lulus di peringkat universiti.

“Pasti ibu saya akan bangga melihat anaknya yang tak pernah lulus peringkat universiti, berdiri di atas pentas ini menerima gelaran doktor kehormat dalam bidang seni,” katanya dalam nada terharu.

Foto : AP Photo/The Lewiston Sun-Journal, Russ Dillingham

No related posts.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét