Thứ Năm, 31 tháng 5, 2012

Namewee Lancar Teaser “Hantu Gangster”, Lebih Lawak Dengan Selebriti Popular

Suatu masa dulu, pasti anda pernah mendengar betapa Namewee ini seorang yang bersuara lantang. Sehinggakan dia pernah dikecam kerana dituduh menghina lagu “Negaraku”.

Namun kini, anda pasti hairan kenapa begitu ramai selebriti popular yang bekerjasama dengan Namewee, kan? Jawapannya, terletak pada akal dan minda anda sendiri. Critical thinking, tahu?

Filem terbaru arahan Namewee berjudul “Hantu Gangster” ini bakal dibintangi oleh pelakon-pelakon yang kami pasti anda sudah kenal seperti Diana Danielle, Farid Kamil, Noh Hujan, Mizz Nina, Dennis Lau, Reshmonu, David Arumugam dan juga Jalaluddin Hassan. Kami rasa, Namewee ini memang seorang yang hebat dari segi “marketing”, agaknya lah.

Semalam, Namewee telah melancarkan ‘teaser’ filem terbarunya, “Hantu Gangster”, dan kami pasti anda akan teruja menanti ketibaan filem ini di pawagam pada 31 Ogos ini!

Adakah filem ini bakal menjadi filem komedi yang lebih menarik dari filem arahan Mamat Khalid? Atau lebih lawak dari Maharaja Lawak? Atau juga lebih kelakar dari Jozan? Mari kita lihat teaser trailer “Hantu Gangster” selepas ini!

No related posts.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét