Thứ Tư, 30 tháng 5, 2012

Hijabster : Tudung Bawal Bercorak

Masih ramai golongan hijabster yang tercari-cari tudung fesyen apakah yang bakal muncul. Jawapannya sudah pun diketahui. Penghasilan tudung terbaru iaitu Tudung Bawal Bercorak mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Tudung bawal ini sedang menjadi trend untuk para hijabster buat masa kini.

Warna-warna yang menarik serta corak yang pelbagai membuatkan ia semakin mendapat sambutan ramai. Material kain yang diperbuat dari cotton adalah sebab utama mengapa ia menjadi pilihan ramai. Tudung dari material cotton ini memberi keselesaan kepada gadis hijabster untuk menggayakannya.

Bentuk tudung bawal ini juga membuatkan si pemakai senang untuk menggayakannya kerana ia cuma berbentuk segi empat tepat dan perlu dilipat menjadi segitiga lalu bolehlah digayakan. Ringkas dan sangat mudah cara pemakaiannya. Pada yang ingin nampak lebih menarik lagi bolehlah juga menggayakan tudung bawal ini dengan cara lilitan tersendiri.

Pada gadis-gadis dan juga wanita hijabster diluarsana bolehlah anda dapatkan koleksi tudung bawal bercorak ini dan cuba gayakan mengikut keselesaan anda sendiri. Sesekali menukar cara pemakaian tududng dan jenis tudung apa salahnya,mana tahu mungkin ia lebih nampak menarik jika anda menggayakannya.

Related posts:

  1. Hijabster : Fesyen Tudung Tasha Manshahar
  2. Hijabster : Apakah Pilihan Warna Tudung Anda?
  3. Hijabster : Tips Menjaga Tudung
  4. Hijabster : Tudung Datin Norjuma
  5. Hijabster : Tampil Lebih Glamor

Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét