Thứ Hai, 28 tháng 5, 2012

Sneakpeak : ‘Jejaka Idaman’ Nyanyian Raja Ema Diberikan Rentak Baru. Stail!


Sudah menjadi trend hari ini apabila sesebuah lagu lama dinterpretasikan dalam bentuk baru bagi memenuhi kehendak pendengar masa kini. Bagaimana pula bunyinya apabila sebuah lagu berjudul ‘Jejaka Idaman’ yang pernah di popularkan oleh penyanyi 80-an, Raja Ema diberikan nafas baru yang lebih urban?

Seorang penyanyi solo pop yang masih dirahsiakan identitinya bakal menggegarkan anda dengan menyanyikan semula versi baru lagu ini bersama gubahan muzik terbaru dan lebih urban daripada DJ Fuzz dan juga lirik/melodi tambahan oleh salah seorang peserta Akademi Fantasia yang baru berjinak semula dalam bidang penulisan lagu.

Sesuai dengan susunan baru, lagu ini turut diberikan nama baru iaitu ‘JEJAKA IDAMAN 2.0′ dan penyanyi ini bakal meriliskan lagu penuh dan video muzik lagu ini pada hujung minggu ini.

Nantikan versi penuh dan video muzik ‘JEJAKA IDAMAN 2.0′ bersama pendedahan identiti penyanyi baru pada Ahad ini. Enjoy sneakpeak preview selepas ini.

No related posts.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét