Thứ Năm, 31 tháng 5, 2012

Kasut Flat, Trend Masa kini

Selalunya kasut bertumit tinggi amat sinonim dengan wanita. Namun begitu tidak lagi buat masa kini. Kebanyakan wanita kini lebih menggemarkan gaya yang lebih selesa dan senang digayakan pada bila-bila masa dan di mana jua.

Selain itu, kasut flat juga amat sesuai untuk digayakan untuk ke pejabat mahupun untuk bersosial di hujung minggu. Ini adalah kerana, ianya terdapat dalam pelbagai gaya dan corak yang menarik.

Di pasaran juga kini terdapat pelbagai jenis kasut flat yang menarik untuk digayakan sama ada untuk majis formal mahupun tidak formal. Di samping itu, kasut flat ini juga amat sesuai bagi mereka yang mementingkan keselesaan dalam gaya seharian, terutama ketika berkunjung ke pusat membeli belah di hujung minggu.

Selain itu, antara kelebihan memakai kasut flat adalah ia tidak menyakitkan kaki sewaktu berjalan dalam jangka masa yang agak lama dan tidak membahayaka kesihatan. jika dibandingkan dengan kasut bertumit tinggi, ia lebih selamat dan lebih fleksible untuk semua aktiviti seharian.

Antara tips untuk memilih kasut flat :
  • Belilah kasut pada waktu siang atau petang. Ini adalah bagi mendapatkan kasut dengan ukuran yang tepat dan selesa ketika dipakai. Selain itu, pada waktu siang atau petang, kaki mengembang kepada saiz kaki yang sebenar.
  • Berdiri dengan tegak, dan pastikan kasut yang dipilih itu selesa. Buat ujian dengan cuba berjalan-jalan di dalam kedai bagi memastikan kasut tersebut sesuai dengan kaki.
  • Pilih kasut dengan corak dan warna yang sesuai dengan kaki anda supaya ia nampak menarik apabila digayakan.
  • Seeloknya pilih kasut yang mempunyai bukaan yang agak lebar untuk memberikan keselesaan kepada kaki supaya tidak terlalu ketat dan tidak menyakitkan kaki.

No related posts.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét