Thứ Ba, 29 tháng 5, 2012

Safee Sali Hiasi Muka Depan Majalah Maskulin Edisi Jun

Sekarang, kecoh dengan perpindahan ‘wonderkids’ Malaysia, Nazmi Faiz ke sebuah kelab Eropah, Beira-Mar FC. Namun, kita lupakan semua itu dan kembali kepada Safee Sali yang telah menempa nama di negara jiran, Indonesia.

Sebagai seorang ketua pasukan Pelita Jaya FC dan juga penyerang untuk skuad Harimau Malaya, tentu ramai yang kenal dengan Safee Sali kan? Kali ini, Safee telah dipilih untuk menghiasi muka depan majalah Maskulin dan OHBULAN! pasti, anda tidak mahu terlepas untuk Maskulin Edisi Jun ini.

Safee Sali turut menceritakan kehidupannya selepas berpindah ke Indonesia.

“Kehidupan seharian saya di Indonesia lain daripada di sini. Di sana peminatnya amat fanatik dan lebih hebat daripada Malaysia. Semangat mereka luar biasa dan sanggup berbuat apa sahaja untuk pasukan pilihan mereka. Bila saya pulang ke sana, kelab telah menyediakan beberapa orang pengawal peribadi bagi menjamin keselamatan di mana sahaja saya berada.” – Safee Sali.

Mahu tahu lebih lanjut? Sila dapatkan senaskhah dipasaran sekarang! Apa yang pasti, Safee Sali akan tetap menjadi ikon bolasepak negara.

No related posts.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét