Chủ Nhật, 27 tháng 5, 2012

Zed Zaidi Dilantik Sebagai Presiden Seniman Baru

Tidak sia-sia usaha Zed Zaidi selama ini, dia akhirnya telah dilantik secara rasmi sebagai Presiden Persatuan Seniman yang baru bagi penggal 2012/2013.

Kelantangan Zed Zaidi dalam mempersoalkan isu-isu industri hiburan dan membela nasib artis-artis dibawah Persatuan Seniman telah memberikan kemenangan besar kepadanya apabila dia menerima 152 undian berbanding 2 lagi pencabarnya, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar (9 undi) dan Zulkifli Ismail (8 undi).

Undian yang diberikan adalah berdasarkan 220 ahli yang layak mengundi dan Elyas Iskandar pula telah dipilih sebagai Timbalan Presiden yang baru.

Sebelum ini, Zed Zaidi pernah dikritik oleh peminat kerana mempersoalkan kemenangan Aaron Aziz dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011.

Apa pun, tahniah kami ucapkan kepada Zed Zaidi. Semoga berjaya menerajui Persatuan Seniman dengan gaya dan kepimpinan yang baru.

No related posts.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét