Akhirnya, isu rumah tangga Ady Putra dan isterinya, Aida Yusof telah menemui jalan penyelesaian apabila mereka berdua bersetuju untuk menarik balik fail permohonan cerai kerana menganggap isu cerai mereka sudah reda.
Dalam temubual Ady Putra bersama wartawan, pelakon KL Gangster ini menjelaskan ketiadaan cahaya mata bukan punca kepada isu pergolakan rumah tangga mereka. Ady turut menafikan bahawa populariti juga adalah punca kepada isu rumah tangga mereka berdua yang sudah pulih.
“Kalau nak katakan popular, tidak juga. Bagi saya, saya tetap diri saya yang sama. Ini bukan disebabkan populariti, kalau tidak dari awal lagi sudah jadi macam ini (ingin bercerai),” jelas Ady Putra
Ditanya adakah ini satu kesilapan oleh Ady Putra kerana membuka fail permohonan cerai di mahkamah Syariah, Ady Putra sekali lagi pantas menafikan dan mengatakan ia adalah hasil persetujuan bersama.
“Kami pergi ke mahkamah syariah atas persetujuan bersama, dan itu bukan kesilapan.”
Isteri Ady, Aida Yusof turut menegaskan bahawa dia dan Ady Putra tidak mahu bercerai, “Saya dan suami belum lafaz cerai dan kami ambil kata sepakat agar tidak bercerai.”
Dalam sesi temubual video bersama OHBULAN!, Ady Putra turut menjelaskan isu mengenai pengambilan anak angkat dan juga isu poligami. Jom tonton video selepas ini!
No related posts.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét