Gaya penampilan seseorang akan diperlihat dari seluruh sudut.Biasanya ia akan diriasi dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Tidak lengkap jika penampilan seseorang itu digaya tanpa sebarang aksesori diri seperti rantai,gelang,cincin dan pelbagai lagi. Rantai leher merupakan salah satu pelengkap gaya yang harus dimiliki oleh setiap wanita. Pelbagai fesyen rantai juga boleh didapati dalam pasaran sekarang.
Terbaru seorang anak gadis Malaysia bernama Mas Angelina telah mereka cipta rantai buatan beliau sendiri. Rantai leher yang diberi nama Arared ini merupakan rantai yang dibuat khas dari hasil kerja tangan beliau sepenuhnya. Berinspirasikan fesyen urban beliau telah memberanikan diri mereka cipta rantai ini. Rantai yang kelihatan seperti objek belahan kayu ini mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan bagi pengemar fesyen yg sentiasa ‘up to date’.
Bukan sahaja mendapat sambutan bagi pengemar fesyen malah artis terkenal Yuna Zarai juga turut memiliki rantai leher ini. Yuna berkesempatan mengayakan rantai leher arared ini pada majlis juara lagu 2011 yang lepas. Hasil rekaan rantai yang ringkas ini membuatkan penampilan beliau kelihatan sangat menarik.
No related posts.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét