Perghhhhh! Terbaik, termantap, terbaik, hamagad. Susah hendak gambarkan perasaan OHBULAN! sekarang ini.
Berita baik untuk semua peminat Justin Bieber, Jay Park dan Kara, anda bakal menyaksikan 3 penyanyi popular ini beraksi bersama pada 14 Julai 2012 di Surf Beach @ Sunway Lagoon. Itu meng-inzal-kan, kan?
Kalau dulu anda terpaksa membeli tiket bagi konsert Justin Bieber, namun kali ini anda boleh memenangi pas masuk percuma ke konsert MTV World Stage Live In Malaysia 2012 di laman rasmi MTV Asia. Anda menjadi lebih bertuah kerana kali ini, Justin Bieber akan turun dengan single-singlenya yang terbaru seperti “Boyfriend” dan “All I Want For Christmast Is You”.
Artis tempatan yang akan turut menyertai konsert MTV Asia ini ialah Mizz Nina yang akan melancarkan album terbarunya, “Take Over” pada 26 Mei ini di Zouk KL.
Kepada anda semua, jangan lepaskan peluang untuk menghadiri konsert ini ya! Maklumat lanjut boleh didapati di laman rasmi MTV Asia
Related posts:
- Sah! Konsert Justin Bieber Live In KL, April 2011
- “Looks Like The Next Stop Of The Tour Is Ready. Malaysia!” – Justin Bieber
- Justin Bieber Berjaya Tamatkan Zaman Sekolah
- Tiket Konsert Justin Bieber Akan Mula Dijual Sabtu Ini
- Konsert Justin Bieber Live In KL, Dan Skill Rapping
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét