Chủ Nhật, 20 tháng 5, 2012

Monday Music : Kat Hassan (Mentor) Lancarkan Album Pertama, “Menggoda”

Ya, selama ini memang dia lebih dikenali sebagai adik ipar kepada rocker terunggul Malaysia, Amy Search.  Malah, dia turut digelar ‘rocker chic’ setelah membawakan banyak lagu berunsur rock  kala menyertai program Mentor Musim Kedua anjuran TV3.

Dek kerana dibayangi dengan semua itu, tidak ramai yang mampu menilai bakat dan kebolehan Kat Hassan secara serius. Padahal, gadis tinggi lampai yang memiliki ketinggian ibarat seorang model ini sebenarnya punya rujukan serta citarasa muzik  yang cukup meluas.

Barangkali inilah yang cuba dibuktikan  Kat Hassan menerusi  kelahiran album studio pertamanya, Menggoda yang sudah pun berada di pasaran sejak 17 April 2012 yang lalu bahawa dia bukan sekadar rocker chic tapi penyanyi yang serius dan versatile dalam membawakan stail  muzik yang berbeza.

Mengambil masa selama 6 tahun untuk disiapkan, album berkonsepkan pop yang diterbitkan  Farah Nabila ini memuatkan 5 lagu yang mengandungi elemen seperti club dance music, R&B dan balada. Lagu-lagu yang dimuatkan adalah Chiki, Hilang, Menggoda, Senjakala dan Lepaskanlah. Ia menggunakan khidmat 3 komposer terkemuka iaitu Edrie Hashim, Cat Farish dan Manusia Putih.

Anda boleh dapatkan album terbaru Kat Hassan yang berjudul “Menggoda” ini dipasaran sekarang. Ingat, beli yang original ya!

Sumber berita : Malaysian Digest

No related posts.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét