Seperti yang telah diumumkan tidak lama dahulu, program realiti yang berteraskan bidang masakan iaitu MasterChef Selebriti Malaysia kini bakal bersiaran pada setiap hari Sabtu hingga Selasa jam 9.00 malam bermula semalam (26 Mei) secara eksklusif di Astro Ria menerusi Saluran 104.
MasterChef Selebriti Malaysia akan ditayangkan selama empat kali seminggu selama 28 episod. Program ini juga bakal memperlihatkan barisan selebriti terlibat yang harus berdepan dengan pelbagai ujian menarik dan kritikan yang pastinya menguji kebolehan memasak, kreativiti serta ketahanan bukan sahaja daripada segi fizikal tetapi juga mental mereka di dapur. Bezanya untuk program ini, setiap selebriti yang terlibat ini akan memasak bagi membantu dana badan-badan kebajikan yang mereka wakili.
Program MasterChef Selebriti Malaysia yang buat julung kali diterbitkan ini bakal menampilkan 16 orang selebriti tanah air yang popular dalam bidang masing-masing iaitu Dato’ Fazley Yaccob, Tomok, Azwan Ali, Karl Shafek, Jehan Miskin, Angah Raja Lawak, Farouk Hussien, Mejar Dr. Faiz, Juliza Adlizan, Thanuja, Siti Sarah Raisuddin, Serina Redzuawan, Raja Azmi, Salamiah Hassan, Louisa Chong dan Soo Wincci.
Di samping itu, Astro Ria mengajak orang ramai yang berminat untuk menjadi MasterChef Malaysia yang seterusnya untuk menghadiri sesi ujibakat yang akan diadakan di beberapa lokasi terpilih bermula 26 Mei 2012 ini.
Sesi ujibakat akan berlangsung pada 26 Mei di Sarawak Tourism Complex (Old Courthouse, Kuching) dan di The Pacific Sutera Hotel, Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu, Sabah. Manakala di Hyatt Regency Kuantan Resort, Telok Chempedak, Pahang dan PERSADA Johor, Johor International Convention Center, Johor Bahru pula pada 2 Jun 2012. 16 Jun pula sesi ujibakat bakal berlangsung di Taylor’s College, Kuala Lumpur.
Jadi, jangan lepaskan peluang anda!
No related posts.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét