Fuhhh, kesat airmata kemudian termenung, pandang lantai lepas itu berfikir, bila pula kami akan dapat 50 Juta Dollar seperti yang Iron Man dapat?
OHBULAN! rasa ada antara anda yang masih tak tahu bahawa filem “The Avengers” telah mengutip keuntungan sehingga 3 Billion Dollar selepas habis tayangan di seluruh dunia. Untuk pengetahuan, kutipan itu adalah kutipan tertinggi dalam mana-mana sejarah kutipan filem di dunia mahupun filem berformat “3gp” yang pernah anda dengar.
Jika sebuah filem dari Hollywood mendapat keuntungan sebegitu tinggi tidaklah menghairankan OHBULAN! sangat. Tapi jika seorang pelakon dari filem tersebut iaitu Robert Downey Jr, pelakon yang membawa watak Iron Man dibayar 50 Juta Dollar (RM156 Juta), itu ‘jahat’ sangat, tahu.
Menurut Huffington Post, pelakon-pelakon untuk watak lain seperti Chris Hemsworth, Chris Evans, Jeremy Renner dan Mark Ruffalo masing-masing akan dibayar 2-3 Juta Dollar seorang dan ini jauh berbeza dari bayaran yang Robert Downey Jr. terima. Dikatakan sebelum Robert Downey bersetuju untuk membintangi “The Avengers”, pelakon ini telah berbincang dengan pihak Marvel supaya dia mempunyai bahagiannya yang tersendiri jika dia diminta untuk membawa watak Iron Man dalam mana-mana filem Marvel di masa hadapan.
Nampaknya, Robert Downey Jr. memang sebijak watak yang dibawanya sebagai Iron Man.
Related posts:
- Trailer Terbaru “The Avengers” Sangat Awesome!
- Menangi Tiket “Marvel’s The Avengers” dan Tonton Filem Ini Bersama Kami!
- K-Pop: Lokasi Rakaman Kumpulan KARA Bernilai $17 Juta Dollar!
- Kutipan Filem Cecah RM1 Juta, Betul Ke?
- Filem Ngangkung Pecah Rekod RM10 Juta, Wow!
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét