Thứ Bảy, 26 tháng 5, 2012

Hijabster : Gaya Llilitan Pashmina

Pelbagai teknik serta tutorial pemakaian tudung dan selendang boleh kita dapati sekarang. Ada yang banyak mengunakan jarum,pin dan ada juga hanya lilitan biasa sahaja yang cuma perlukan gaya selitan. Tetapi harus di ingatkan bagaimana sekali pun cara pemakaian tudung tetapi yang penting ia masih menutup aurat dan tidak mendedahkan bahagian yang tertentu.

Setiap gaya yang ditampilkan dapat menghasilkan penampilan yang berbeza. Ada yang hanya dengan lilitan ringkas mampu buat anda kelihatan cantik dan ada juga yang perlu kan banyak sedikit teknik lilitan untuk kelihatan kemas dan cantik. Pengayaan tutorial pashmina dalam video ini dapat membuatkan wajah anda nampak  sedikit runcing.

Bagi yang ingin gaya trendy tetapi masih menutup bahagian aurat tertentu boleh la mencuba gaya lilitan pashmina ini. Mungkin ia mampu memberi kelainan juga pada gaya penampilan anda.

Related posts:

  1. Hijabster : Pashmina Paisley
  2. Hijabster : Fesyen Tudung Tasha Manshahar
  3. Hijabster : Tampil Lebih Glamor
  4. Hijabster : Sebalik Hijab
  5. Gaya Bulu Mata Yang Menawan

Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét