Thứ Hai, 14 tháng 5, 2012

Hasbro : “Monopoly Live”, Versi Terbaru Permainan Monopoli

OHBULAN! masih ingat sewaktu masih kecil dahulu, OHBULAN! dan keluarga rajin bermain “board games” seperti Saidina atau paling tidak pun Jutaria. Anda masih ingat? Kemudian, OHBULAN! bertukar pula kepada Monopoli yang dibelikan oleh ayah dan permainan menjadi semakin meriah.

Namun itu cerita 9-10 tahun yang lepas. Kini, syarikat Hasbro telah kembali dengan teknologi terbaru Monopoli yang lebih mesra pengguna dan senang dimainkan dimana saja bersama rakan-rakan anda. Jika dulu anda perlukan “banker” untuk bermain, kini Monopoli telah merintis satu lagi penemuan terbaru. Dengan “Monopoly Live”, Hasbro telah mencipta satu “menara elektronik” yang menyimpan rekod permainan dan mengawal segala pergerakan dan permainan anda.

Dalam “Monopoly Live”, anda masih bermain di atas “Boardwalk” dan apa yang menarik, anda akan mempunyai kad bank (wang elektronik), dan komputer akan menguruskan maklumat seperti balingan dadu dan pengiraan sewa/bayaran yang boleh mempercepatkan rentak permainan.

Bagaimana ia berfungsi, dan apa yang ia boleh lakukan tetapi Monopoli klasik tidak boleh? Menara, dijanakan cuma dengan 4 AA bateri dan menggunakan cahaya inframerah serta kamera, ia boleh melihat reflektor yang diletakkan di atas setiap “game piece”.

“Monopoly Live” tidak mempunyai dadu, kamu hanya perlu menyembunyikan “game piece” anda dari kamera dengan menggunakan tapak tangan anda dan “menara elektronik” akan memberitahu giliran anda. Ia kemudian akan memastikan anda mendarat di atas tapak harta yang betul. Terdapat juga peristiwa rawak seperti perlumbaan kuda, lelongan, atau cukai gas, dan ada pilihan untuk membayar lebih sedikit untuk meningkatkan utiliti anda supaya mereka berwarna hijau.

Apa yang pasti, “Menara ini tidak pernah membuat kesilapan.” – Leif Askeland.

Kini, semua pemain boleh fokus kepada permainan tanpa perlu mengira berapa banyak wang yang tinggal dan rekod peribadi serta harta benda yang anda ada ketika sedang bermain Monopoli.

Cakap banyak tak guna, baca saja pun tak kena, mari kita lihat review video “Monopoly Live” selepas ini ya!

Related posts:

  1. Anda Ada 60 Saat : Program Permainan RM500 Ribu, Nabil Sebagai Hos
  2. Upin & Ipin Kini Muncul Dalam Versi Mainan
  3. Permainan Snake dalam Nokia versi baru
  4. Twin Towers @Live Bakal Menggantikan Konsert F1 Rocks
  5. Konsert ‘Pitbull Live In Malaysia’, 1 Disember 2011. Let’s Dance!

Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét