Buat kali pertama, Justin Bieber akhirnya mendedahkan wajahnya ketika marah dan OHBULAN! pasti, tidak ada seorang pun dari peminat Justin Bieber yang pernah melihat wajahnya seperti ni kan?
Baru-baru ini, Justin Bieber telah dirakamkan dalam keadaan yang sedikit memalukan apabila dia dilihat mengasari seorang jurugambar. Jurugambar itu kemudiannya telah melaporkan kepada 911 dan mengadu bahawa dia mengalami sedikit kesakitan di bahagian dada. Kami sendiri tertanya-tanya, adakah Justin Bieber yang “comel” ini telah memukul jurugambar itu?
Kejadian ini berpunca apabila jurugambar itu telah mengambil gambar Justin Bieber dan Selena Gomez yang sedang keluar berdua dari sebuh teater. Selena Gomez yang berada di tempat kejadian turut cuba menenangkan Bieber sambil memegang lengannya.
Justin Bieber kini dikehendaki oleh polis untuk memberikan keterangan berkenaan laporan yang telah dibuat oleh jurugambar yang dikasarinya.
Biasalah tu, sudah berumur 18 tahun kan? Mesti darah muda pun naik, kan?





Sumber : Dailymail UK
Related posts:
- Justin Bieber dan Selena Gomez Masih Bercinta.
- Foto Epik : Justin Bieber, Selena Gomez Dikerumuni 6 Baby. Oh, One Big Happy Family!
- Selena Gomez Tinggalkan Justin Bieber Kerana Hero Filem Transformer, Shia Labeouf?
- Selena Gomez Dan Justin Bieber Berpisah?
- Justin Bieber Ada Anak Luar Nikah?
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét