Wahh, mungkin sudah menjadi trend selebriti di Malaysia. Kini, Fazura pula bakal mempunyai perniagaan sendiri dan menurut sebuah portal hiburan, Fazura bakal merasmikan butiknya, “House Of Doll” pada Ahad ini, 27 Mei.
Fazura dikatakan sudah lama menyimpan impian untuk memiliki butik sendiri dan ianya terlintas di fikirannya sekitar 2 tahun lepas. Fazura yang sedar kerjaya lakonannya juga semakin berkurangan mengambil peluang ini untuk membuka perniagaannya sendiri.
“Saya terfikir untuk memiliki sebuah butik hasil titik peluh saya sendiri setelah melihatkan aktiviti lakonan saya sendiri semakin berkurangan. Faz sendiri suka berfesyen dan apa yang ditawarkan oleh butik ini lebih kepada apa yang Faz suka. Faz mahukan kelainan dan apa yang kami tawarkan lebih kepada “ready to wear’ dan ada satu kejutan buat peminat.” – Fazura dipetik dari Gua.
Difahamkan, butik Fazura akan melibatkan kerjasama “couture wear”. Selepas ini, para peminat bolehlah mengunjungi butik Fazura untuk fesyen yang lebih mantap dan cantik.
Sumber : GUA
No related posts.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét