Berita terbaru dari penyanyi popular, Elton John, melalui TMZ, Elton John dikhabarkan telah dimasukkan ke sebuah hospital kerana mengalami jangkitan di saluran pernafasan.
Keadaan ini menyebabkan Elton John terpaksa membatalkan 4 buah konsert di Las Vegas atas arahan doktor.
Elton John dalam kenyataannya kepada media, “Saya rasa pelik kerana tidak boleh mempersembahkan konsert ‘Million Dollar Piano’ di Colosseum … Saya suka melakukan persembahan dan saya akan teruja apabila kita kembali ke Colosseum pada bulan Oktober untuk melengkapkan 11 konsert. ”
Elton John turut menambah, “Apa yang boleh saya katakan, saya minta maaf kepada peminat kerana tidak dapat bersama mereka.”
Untuk pengetahuan, Elton John sudah berada dalam industri hiburan hampir 40 tahun dan sudah menjual lebih 250 juta “record” menjadikan dia salah seorang dari artis paling berjaya di dunia.
No related posts.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét