Memiliki keyakinan dan kepakaran dalam bidang urusan perniagaan membuatkan beliau telah berani membuka butik pakaiannya sendiri. Gadis yang berbadan cilik berasal dari negara dibawah bayu Sabah ini baru sahaja berusia 22tahun namun telah pun mengorak langkah dalam urusan perniagaannya sendiri. Nurul Hidayati Jalidar antara salah seorang blogger Hijabster yang terkenal juga di Malaysia.
Butik Nurul Wonder Wardrobe yang dibuka di A6-2, 2, Jalan Serai Wangi F 16/F, Seksyen 16, 40200 Shah Alam ini mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan. Bermula perniagaan menerusi laman sosial Facebook telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan akhirnya baru-baru ini beliau telah membuat keputusan untuk membuka butik beliau sendiri. Dirasmikan pada 25 februari 2012 oleh tetamu jemputan khas kumpulan muzik terkenal tanah air kumpulan OAG adalah hari yang sangat bermakna untuk Nurul Hidayati Jalidar.
Pada anda yang ingin mencuba gaya urban yang terbaru serta mengikuti fesyen terkini anda bolehlah berkunjung ke butik beliau. Anda juga berpeluang mendapatkan khidmat nasihat mengenai fesyen secara percuma dari beliau sendiri.
Related posts:
- Fazura Bakal Miliki Butik Sendiri, “House Of Doll”
- Rantai Leher Arared
- Hijabster : Fesyen Tudung Tasha Manshahar
- Hijabster : Turban Yuna
- [Trendsetter] Tips Mengayakan Fesyen Tudung Trendy Untuk Remaja
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét