Thứ Ba, 15 tháng 5, 2012

“Bohonglah Kalau Saya Kata Tidak Mahu Berkahwin” – Dayang Nurfaizah

“Bohonglah kalau saya kata tidak mahu berkahwin. Apatah lagi apabila usia semakin meningkat, keinginan untuk berumah tangga memang ada cuma saya belum bersedia dan tidak ada calon pun.” – Dayang Nurfaizah, dipetik dari mStar Online.

Itulah kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh Dayang Nurfaizah, seorang penyanyi yang memang terkenal dengan lagu-lagu Pop dan R&B. Dalam temubualnya bersama sebuah akhbar online tempatan, Dayang yang bakal menjejak umur 31 tahun ini telah menyuarakan kebimbangannya terhadap kes-kes perceraian yang sentiasa berlaku di kalangan masyarakat.

“Banyak sangat kes-kes perceraian yang berlaku membuatkan saya takut untuk berkahwin.”

Dayang yang tidak kisah dengan usianya yang semakin meningkat mengaku dia belum bersedia untuk memberikan komitmen kepada orang lain (suami).

“Saya tidak sanggup untuk bertolak-ansur dalam banyak hal dan belum bersedia untuk menjaga orang lain (suami) dalam hidup saya. Saya bimbang jika berkahwin kelak, saya tidak mampu untuk melaksanakan tanggungjawab seorang isteri dengan sempurna,” jelas Dayang.

Tak silap OHBULAN!, tahun ini saja ramai selebriti tanahair yang sudah mendirikan rumahtangga dengan bahagianya. Apa salahnya jika Kak Dayang kita ini pula mendirikan masjid, kan?

Sumber : mStar Online

Related posts:

  1. Dayang Nurfaizah Hiasi Muka Depan ENF, Sedia Buka Hati Untuk Cinta Baru!
  2. “Saya Bukannya Artis Dan Tidak Mahu Jadi Artis” – Khairul Fahmi Che Mat
  3. “Saya Tidak Kisah Tayang Lurah Dada’ – Kata Haliza Misbun Si Artis Tak Laku
  4. “Saya Belum Berkahwin, Masih Single” – Fasha Nafi Kahwin Di Thailand
  5. “Kalau Nak Panggil Saya Murtad, Lebih Baik Panggil Saya Lesbian!” – Tony Eusoff

Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét