Thứ Tư, 16 tháng 5, 2012

Aidil Zafuan Nafi Ada Hubungan Sulit

Foto saat mereka bahagia

Kemelut rumahtangga Aidil Zafuan – Rita Rudaini dipanaskan lagi dengan dakwaan bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain selepas meninggalkan kediaman mereka yang bertempat di Damansara sejak Januari yang lalu. Bagaimanapun, Aidil Zafuan menafikan tuduhan berlaku curang serta menegaskan bahawa dia lebih banyak fokuskan perhatian kepada kerjaya sebagai pemain bola sepak profesional.

“Tuduhan itu adalah satu dakwaan yang mengarut kerana saya tidak berlaku curang dengannya, apalagi dengan kesibukan menjalani latihan bola sepak. Saya tiada masa untuk semua itu. Saya berpendapat Rita menuduh saya menjalinkan hubungan dengan wanita lain berdasarkan komen yang dibuat oleh peminat-peminatnya menerusi laman sosial Twitter,” tegasnya.

Pada masa yang sama, Aidil Zafuan mengakui bahawa dia masih mencintai isterinya walaupun hati berasa tawar dengan pelbagai kenyataan yang dilemparkan kepadanya. Aidil turut berharap agar Rita Rudaini menjadi isteri yang baik serta mendengar kata.

Sumber berita : Mstar (Tuntutan Suami Macam ‘Budak-Budak’ Buat Rita Geli Hati)

Related posts:

  1. Sah! Rita Rudaini Kahwin Aidil Zafuan di Songkhla, Thailand
  2. Aidil Zafuan Batalkan Tuntutan Penceraian
  3. (Terbaru) Keluarga Kecewa Aidil Zafuan Rahsiakan Perkahwinan Dengan Rita Rudaini
  4. Tahniah Aidil Zafuan, Isteri Kau Rita Rudaini Sudah Lahirkan Anak
  5. Sah! Aidil Zafuan Buat 2 Tuntutan Mahkamah Terhadap Rita Rudaini

Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét