Chủ Nhật, 20 tháng 5, 2012

Petua Cantik Tradisional

Pelbagai cara yang ada untuk seseorang wanita tampal cantik diluar sana. Namun pelbagai juga produk telah dihasilkan dipasaran untuk mengekalkan kecantikan seseorang wanita. Akan tetapi untuk tampil cantik cara lebih mudah juga merupakan tips paling baik untuk kekal cantik dan menawan. Cara yang dimaksudkan ialah dengan cara mengamalkan petua tradisional. Terdapat beberapa tips yang dapat kami pihak Ohbulan! kongsikan dengan anda,antaranya :

  • PETUA KULIT LICIN :

Petua untuk kulit kelihatan licin ialah, ambil tepung pulut dan campurkan dengan air. Kemudian sapukan pada wajah sebelum anda tidur dan cuci pada keesokkan harinya.

  • PETUA MENGHALUSKAN KULIT WAJAH :

Campurkan madu lebah bersama putih telur dan kemudian sapukan pada muka anda seperti masker dan biarkan sehingga kering lebih kurang 30 minit, kemudian bilas dengan air suam atau air basuhan beras.

  • PETUA MENGHILANGKAN KULIT BERSISIK :

Campurkan hampas kelapa dengan air asam jawa dan sapukan pada kawasan yang bersisik tersebut. Kemudian gosok-gosokkan pada bahagian tersebut sebelum mandi. Ia boleh dilakukan seperti mandian lulur.

  • PETUA MELEBATKAN BULU KENING :

Bakar buah keras hingga hitam kemudian hancurkan, campurkan dengan sedikit minyak masak kemudian sapukan pada bahagian bulu kening.

  • PETUA WAJAH PUTIH GEBU :

Campurkan 5 sudu besar susu kambing dan campurkan sebiji putih telur kampung  kemudian maskerkan pada muka hingga kering.

Diharap petua yang kami kongsikan ini serba sedikit dapat membantu anda si pembaca blog Ohbulan mengekalkan serta mengembalikan kecantikkan wajah anda. Selamat mencuba.!!

 

 

 

No related posts.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét