Terkejut kami selepas mendapat tahu bahawa Datuk Sharifah Aini telah dimasukkan ke sebuah hospital kerana mengalami jangkitan kuman pada paru-parunya.
Kejadian ini dipercayai berlaku semalam kerana melalui laman Facebook rasminya, sebuah kenyataan telah dikeluarkan oleh rakan baik Datuk Sharifah iaitu Khalilah Dato’ Mohd Talha. Dalam kenyataan tersebut, Khalilah menyatakan bahawa doktor peribadinya telah mengesahkan bahawa paru-paru Datuk Sharifah telah dijangkiti kuman.
Kenyataan tersebut juga turut memohon pada para peminatnya agar dapat mendoakan kesihatan dan kesejahteraan beliau. Beliau juga sempat mengirimkan salam kasihnya kepada semua orang yang sentiasa menyokong dirinya.
Dapat dilihat juga melalui komen peminat, mereka semua mendoakan kesihatan penyanyi kesayangan mereka ini.
No related posts.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét