Thứ Ba, 22 tháng 5, 2012

Najib Guna Mahkamah Untuk Sekat kemaraan

Malaysiakini

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggunakan proses mahkamah untuk membendung kemaraan beliau ketika pilihan raya kini semakin hampir.

Beliau juga mendakwa, tuduhan ke atasnya hari ini berhubung perhimpunan BERSIH 3.0 juga satu tindakan politik yang dirancang dan juga untuk mengelak isu pilihan raya yang dibawa dalam perhimpunan 28 April itu.

“Najib perlu menghadapi saya dalam pilihan raya dan dia mahu gunakan mahkamah untuk bantu dia. Saya hendak beritahu Najib, pilihan raya itu diputuskan rakyat,” katanya.

Tambahnya, Najib juga tidak boleh menggunakan undang-undang Akta Perhimpunan Aman yang diluluskan dengan bantahan keras pembangkang “untuk menakut-nakutkan dan menghalang seteru politik” sepertinya.

“(Perdana Menteri) Datuk (Seri) Najib (Razak) tak boleh dakwa kami kerana yang terlibat itu ratusan ribu (orang).

“Yang dielak beliau adalah isu pokok iaitu isu pilihan raya. Ini tanda dendam kesumat beliau guna apparat pemerintah untuk tekan kami,” katanya lagi selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Beliau serta dua lagi pemimpin PKR – timbalan presiden Azmin Ali dan bekas ahli majlis pimpinan pusat, Badrul Hisham Shaharin – didakwa mengikut Seksyen 4(2) (c) Akta Perhimpunan Aman kerana didakwa mengambil bahagian dalam yang perhimpunan BERSIH 3.0.

Tuduhan itu juga atas dakwaan melanggar perintah Majistret Zaki Asyraf Zubir, bertarikh 26 April yang melarang perhimpunan di Dataran Merdeka dan kawasan yang bersempadan dengan Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 2.30 petang dan 3 petang pada 28 April.

Mereka juga menghadapi satu lagi tuduhan di bawah Kanun Keseksaan, iaitu bersama penyokong BERSIH 3.0 yang melebihi lima orang yang masih bebas, dalam mencapai niat bersama, telah bersubahat dengan Tangam a/l Raju, Rajesh Kumar a/l Gejinder dan Farhan bin Ibrahim @ Alias, telah mengingkari perintah yang dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir pada 26 April.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét